Assalamualaikum,
Hehe..beberape hari lepas termimpi ade baby kecik dalam rumah..sambil tu dok pegang botol susu yang penuh susu yang baru dipam..apekah? haha.. Terbawak sampai tdo tu..huhu..sabo2..
Okeylah..di sini ade list secare ringkas persediaan yang boleh dilakukan untuk ibu2 yang merancang untuk hamil..
Persediaan Fizikal
- Pastikan Ibu Sihat dan berat badan idealDalam masa 3 hingga 6 bulan sebelum hamil, anda hendaklah membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan anda sihat dari penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit berbahaya. Ujian darah juga perlu dilakukan jika anda berisiko menjadi pembawa penyakit berbahaya seperti HIV atau talessimia.
- Umur Ibu SesuaiUmur yang sesuai adalah antara 20 hingga 35 tahun. Ibu yang terlalu muda dianggap belum sempurna dari segi jasmani dan rohani. Oleh itu bayi mungkin dilahirkan tidak cukup bulan. Ibu yang berusia lebih 35 tahun pula, organ-organ peranakannya sudah tidak begitu aktif menerima kehamilan. Selain daripada risiko tinggi anak cacat, ibu juga mungkin alami penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau kesukaran melahirkan anak.
- Mendapatkan PelalianPelalian seperti Rubella dan Hepatitis B sepatutnya telah diambil bagi mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota ataupun terencat akal bagi bayi yang akan lahir.
- Pastikan ibu makan makanan berkhasiat dan mengambil asid folik. Asid folik penting berupaya mengurangkan kecacatan pada otak dan saraf tunjang bayi sebanyak 80%. Folate banyak terkandungan dalam sayuran bayam, kacang buncis dan panjang, produk soya, kekacang, makanan diperkaya seperti jus, bijirin, buahan sitrus, ayam dan ikan.
- Jika keluarga anda punya sejarah alahan terhadap jenis makanan tertentu seperti susu, kacang atau telur, elakkan mengambil makanan tersebut. Cari alternatif kepada makanan tersebut supaya anda tetap tidak kekurangan khasiat.
- Berhenti merokok dan jauhi perokok. begitu juga dadah, dan juga alkohol. Jika anda atau pasangan bekerja dengan bahan kimia, plumbum, anestetik atau sinaran x-ray, ini juga memberi risiko pada kehamilan.
- Jika mahu mengambil ubat, dapatkan nasihat daripada doktor.
- Minta pendapat doktor anda tentang genetik dan sejarah keluarga anda.
- Jauhi jangkitan kerana sesetengahnya boleh membahayakan janin.
Ibu2 juge boleh start makan Acid Folic untuk perkembangan janin yang sihat walaupun belum pregnant lagi..atau boleh je ambil Vitalea dari Shaklee nie sbb kandungannye pun ade asid folik..selain menambahkan vitamin2 yang kurang dalam badan tu.. COMBO lah kirenye..for basic health preparation..
No comments:
Post a Comment