NUTRIWHITE SHAKLEE: INGIN KULIT LEBIH SIHAT, MUDA, CERAH SEKATA?

Ramai yang mungkin tak tahu, Shaklee bukan sahaja menawarkan vitamin..malah produk penjagaan wajah, pembersih serbaguna, sabun basuh baju, krim kulit..haa apa lagi..kalau luar negara lagi banyak..set penjagaan bayi, make up..tapi kat malaysia belum lagi lah yang tu..hehe

NUTRIWHITE SHAKLEE
Inilah dia set penjagaan wajah daripada Shaklee..hari ni Diana nak berkongsi bagaimana set ini dapat membantu anda-anda diluar sana
NUTRIWHITE BERTINDAK DENGAN 5 CARA
1.MENGHALANG
Menghalang kerosakan dari sinar cahaya matahari dan alam sekitar dengan aktif. Melindungi kulit dari kerosakan dan gelap (sunburn) kesan dari sinar cahaya matahari dan UV.
2.BERKURANGAN
Membantu mengurangkan pigmen gelap dalam kulit yang menyebabkan kulit kelihatan kusam.
Kulit akan menjadi lebih cerah bercahaya, tanpa cela dan lebih sekata.
3.MENYEKAT
Membantu menyekat pigmen gelap dari sel2 kulit asas daripada memindahkan pigmen tersebut ke lapisan atas, sekaligus menyekat kemunculan tompok hitam.
4.MENCERAH
Membantu mencerahkan wajah bersesuaian dengan sel melanin yang sedia ada, menjadikan kulit cerah sekata.
5.MEMPERBAHARUI
Mengeluarkan sel-sel mati yang boleh menyebabkan itchiness, dan mewujudkan kulit yang lebih baru, cerah berseri.
Itulah caranya…ada 5 mekanisme untuk menajadikan kulit anda lebih cantik.
Memang tak dinafikan banyak sangat produk kecantikan diluar sana..yang mungkin kesannya lebih cepat..tapi soalan yang adaa selalu dapat dari customer yang berminat ialah ‘ ada bahan kimia tak? selamat tak?’..Bagus soalan tu sebab walaupun nak cantik, aspek keselamatan harus diutamakan dahulu..dah berapa banyak produk diluar sana yang dah ditarik balik disebabkan bahayanya pada manusia..
Jadi, soalnya sekarang..selamat kah shaklee? ada bahan kimia? apa bezanya dengan produk lain dipasaran?
SHAKLEE DIFFERENCES
  • Nutriwhite dibangunkan oleh saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika syarikat
  • Mengambil masa 3 tahun untuk pembinaan produk 
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah, diperolehi dari 16 buah negara
  • Unik, eksklusif, menggunakan pebagai dimensi pendekatan untuk mencerahkan wajah
  • Ramuan gabungan yang optimum
  • Semestinya selamat dan berkesan
  • Vitamin C yang terkandung dalam set ini merupakan ramuan yang selamat dan terbukti berkesan untuk mendapatkan manfaat yang maksimumtanpa risiko kesan sekunder
  • Campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit yang lebih putih, cerah dan bercahaya
Set ini boleh diambil semua atau individu..ala carte gitu hehe bagi mengetahui apa fungsi setiap produk, dan testimoni pengguna, boleh klikSINI
ingin cuba? jom!


Hilangkan jeragat, kedutan, tompok hitam, kulit kusam dengan set penjagaan kulit Nutriwhite Shaklee


Rasanya tak ramai yang tahu Shaklee ni ada kosmetik jugak kan..ha..jangan tak tahu ye..ni favorite Adaa ni..:) Bagi yang belum tahu ini diaaaaa


Slide42
Ini merupakan set lengkap Nutriwhite ye..cantik kan?

Set ni lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sbb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk.
Bagi yang mempunyai masalah kulit tidak sekata, berkedut, jeragat dan tompok hitam, sangat disyorkan untuk mencuba set Nutriwhite ni.
Ada yang tanya, Nutriwhite ni ada chemicals ke..semulajadi ke? Selamat ke? Jawapannya Nutriwhite ni dari ramuan nutrien dan herba tulen..100% safe ya. So jangan risau :) Yang bagusnya product ini dihasilkan oleh saintis di US dan Jepun besama pakar penjagaan kulit..3 tahun ni ambil masa untuk terhasil..satu ketelitian yang penting untuk kulit anda ..


Inilah semua bahan2 nya..InsyaAllah selamat..hehe
Ini pula fungsi setiap product
NutriWhite mengandungi :
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
·         Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran
 Overnight Renewal Whitening Cream
·         Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
·         Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
·         Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
·         Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
·         Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
Gentle Deep Foaming Cleanser
·         Membersihkan dan menyegarkan kulit
·         Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
·         Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
·         Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
·         Lembut dan menyegarkan
  Soothing Radiance Whitening Softener
·         Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
·         Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
·         Kudzu menegangkan dan mencerahkan
·         Marshmallow melembapkan
·         Ianya sangat berkesan
 Gentle Action Makeup Remover
·         Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
·         Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
·         Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
·         Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
 Daily Defense Whitening Essence
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
·         Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
·         Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
·         Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
·         Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
·         Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
·         Lembut dan mudah diserap oleh kulit
 Spot Whitening Treatment
·         Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
·         Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
·         Cats Claw menegangkan kulit
·         Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus

Cara penggunaan, senang aje (click pic for better view)
Slide48

Boleh nk cuba the whole set atau satu2 ..takda masalah..boleh bincang hehe

Kenapa Susu Saya Kejap Nampak Cair, Kejap Nampak Pekat?

Tapi kadang nampak macam cair walaupun dah pam dekat setengah jam.
Kenapa boleh jadi gitu? Nak pekat aje, boleh tak?

FOREMILK DAN HINDMILK

Foremilk adalah susu yang keluar dalam jangka masa 10 minit terawal, ianya kelihatan lebih cair sebab kandungannya terdiri dari air
Lepas tu, Hindmilk pulak akan keluar, Hindmilk lebih pekat sebab ia mengandungi protein dan lemak.
image
Kedua – dua jenis susu ni penting untuk baby.
Untuk pastikan apa baby dapat foremilk dan hindmilk, pastikan baby menyusu sampai breast betul-betul kosong.

SUHU

Tahap kepekatan susu juga bergantung mengikut suasana persekitaran kita.
Kalau suhu persekitaran ibu adalah panas, maka susu yang tubuh ibu hasilkan adalah cair sebab bertujuan nak sejukkan badan baby.
Kalau suhu persekitaran ibu adalah sejuk, maka susu yang dihasilkan adalah lebih pekat sebab nak panaskan tubuh baby.

PROTEIN

Untuk dapatkan susu yang pekat, ibu perlukan pemakanan yang kaya dengan protein seperti ayam, ikan dan daging
Ibu juga digalakkan untuk amalkan minuman kesihatan seperti ESP Shaklee.

ESP SHAKLEE & PENGALAMAN SAYA

ESP Shaklee (Energizing Soy Protein) bersumberkan protein kacang soya.
Protein kacang soya adalah bebas dari lemak dan kolesterol, tidak seperti protein haiwan
Mengikut pengalaman peribadi, ESP bukan sahaja membantu menghasilkan susu yang lebih pekat, tapi juga bantu ibu untuk rasa lebih bertenaga di samping mengawal rasa lapar ibu.
Memang puas hati terutamanya ibu dalam pantang yang sangat kerap rasa lapar.
Oh, part yang susu pekat tu, memang terasa bila susu lebih pekat, baby lebih cepat kenyang :D

HARGA ESP?

Setin ESP hanya berharga RM 150 sahaja untuk kegunaan sehingga 2 bulan.
Boleh dibancuh dengan apa-apa air kegemaran :)

NAK DISKAUN?

Boleh :D Kena daftar jadi ahli dulu untuk dapatkan harga ahli :)
Daftar jadi ahli hanya RM 75, dan anda akan terus dapatkan harga ahli :D
Untuk dapatkan ESP atau daftar jadi ahli sekaligus beli ESP, boleh hubungi saya:

7 FAQ Tentang Jadi Ahli Shaklee



Terbaru fenomena jual bawah harga ahli.
Untuk menjaga survival company Shaklee Malaysia sendiri, kang kalau biar berleluasa, lingkup pulak syarikat nanti, maka pihak pengurusan Shaklee telah menguatkuasa undang-undang:
Harga ahli hanya untuk yang dah berdaftar jadi ahli. Kalau belum jadi ahli, kena beli harga retail.
Fair lah kan.
Kalau kita pergi pasaraya Jaya Jusco sekalipun, kalau kita takde kad keahlian, mesti segan nak minta harga ahli Jusco, betul tak?
Nota: Kalau anda beli produk bernilai total 200 points UV, anda layak untuk keahlian percuma :D
FAQ Keahlian Shaklee
Berikut saya senaraikan 7 FAQ yang ramai orang tertanya-tanya. Moga ia dapat meleraikan persoalan dalam fikiran anda :D
image
1) Kena promote barang ke lepas join jadi ahli
Kalau tak nak promote pun takpe. Tiada unsur paksaan :D
2) Betul ke kalau makan sendiri pun boleh dapat cash back?
Ya, kalau makan sendiri dan jumlah point terkumpul untuk bulan tu minima 150 point, anda layak untuk dapatkan pulangan tunai pada bulan berikutnya
3) Saya tak minat la kalau kena join meeting malam
Saya pun tak minat keluar rumah malam-malam ;) Jangan risau, zaman sekarang semua online je
4) Saya duduk jauh lah dari akak, boleh ke nak daftar dengan akak
Boleh takde masalah. Ada banyak medium bisa menghubungkan kita ;)
5) Betul ke yuran daftar RM 75. Kenapa ada orang cakap RM 65
RM 75 tu total kepada RM 65 + RM 10 (kos pos memberkit ke depan pintu rumah anda)
6) Saya tak suka lah nak simpan stok bagai
Saya pun tak suka nak suruh simpan stok kat rumah. Hehe. Unless lah anda dah mula bisnes dan memerlukan stok, itu pun beli sikit je
7) Kalau saya nak terus beli barang masa daftar, point tu boleh masuk bawah ID saya tak?
Aah boleh. Memang sepatutnya begitu pun :D
Kalau ada persoalan lagi, jangan segan silu untuk tanya saya :)
Nak daftar jadi ahli senang saja. Hubungi saya :D

Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate



Basic H2 adalah apa yang anda perlukan untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah.

  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen pembersih berkuasa apabila bercampur dengan air.
  • Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari permukaan boleh dibasuh, di dalam dan luar. 
  • Cairkan mengikut arahan
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran dan palitan 
  • Tanpa toksik 
  • Asli Ganda dua tertumpu 
  • Surfaktan biodegradasi 
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menaggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dibasuh tidak kira di dalam atau luar rumah 

Cara mengguna:

  • 16 oz botol kecil ini oleh boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat, benar-benar berkuasa
  • untuk pembersihan yang guna : tambah 1/4 sudu. 16 oz. Air. 
  • Untuk tingkap dan cermin: menambah 1-2 titik ke 16 oz. 
  • Air Untuk nyahgris: tambah 1 1/2 sudu teh. 16 oz. Air. 
  • Untuk kerja yang lebih besar, tambah 2 oz. kepada 1 gelen air. 

Tahukah Anda? 

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl collosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Perkataan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. 

Perbezaan Shaklee 

Selamat 

  • Tidak bertoksik 
  • Tanpa gas beracun 
  • Tanpa bahan kimia berbahaya 
  • Tanpa bahan pewangi 
  • Lembut pada tangan 
  • pH seimbang 
  • Tanpa klorin Berkesan 

Berkesan 

  • Untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air 
  • Dua kali  ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama 

Mesra Alam 

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripaada jagung dan kelapa biorosot
  • Tanpa fosfat 
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan  


Set Kecantikan Kulit


Supplement untuk kecantikan kulit yang dicadangkan oleh SHAKLEE ialah:

Ramuan utama Vivix ialah Muscudine Grapes, Purple Carrot, European Elderberry & Polygonum Cuspidatum. Kombinasi istimewa ini menjadikan Vivix sebagai antioksida yang tertinggi di dunia(6000 ORAC). Sesudu Vivix mengandungi reservatrol yang bersamaan dengan 100 gelas ‘red wine’. Kajian menunjukkan bahawa reservatrol membantu memperlahankan proses penuaan dengan cara megaktifkan gene logevity pada DNA manusia.

Ramuan utamanya ialah sisik ikan merah dari laut dalam yang digabungkan bersama-sama bunga japonica dan pfaffia roots. Ia membantu melembabkan kulit. Molekulnya sangat halus iaitu hanya 1000Da per molekul. Collagen Powder terbukti berkesan untuk membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan, melembabkan kulit, menghilangkan parut dan memudarkan jeragat.

Sumber protein terbaik dan tidak diubahsuai secara genetik(Non-GMO). Setiap hidangan ESP mengandungi 14mg protein dan kesemua asid amno yang diperlukan oleh tubuh. Asid amino amat penting untuk proses sintesis tubuh. ESp ialah protein rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol. ESP membantu menjadikan kulit cerah berseri dan anjal serta mengatasi masalah kulit kusam.

Merupakan sejenis antioksidan kuat yang digabungkan bersama Grape Seed Extract dan Selenium. Sebiji Vita E complex membekalkan 400ui vitamin E semulajadi. Ia berfungi memelihara kecantikan, melambatkan penuaan dan membantu kulit menjadi lebih anjal.

Setiap tablet Sustained Released Vita – C Plus  membekalkan khasiat bersamaan 7.5 biji oren berkualiti tinggi. Ia juga dilegkapi dengan  bioflavonoid yang amat penting untuk membantu dalam proses penyerapan vitamin C di tahap optimum. Ciri unik ‘sustained released’ nya pula berfungsi melepaskan 100mg vitamin C setiap jam selama 5 jam. Ini kerana vitamin C bersifat larut air dan tidak boleh disimpan lama di dalam tubuh.

Hargai kecantikan kurniaan Allah. Jangan sampai TUA sebelum waktunya.

Dapatkan Supplement kecantikan kulit anda sekarang juga!